P J N M

Khamis, 30 Januari 2014

KEPENTINGAN MAKAN MAKANAN H A L A L

KEPENTINGAN MAKAN MAKANAN H A L A L

halalFood15wm.gif


 

 

Kami menjual KEK yang Halal dengan TELOR yang di basuh lagi suci

 

Firman Allah: Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezeki kan kepadamu d an bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.(Al Maidah: 88)

Perintah memakan makanan yang halal adalah wajib. Kalau kita makan makanan yang haram dalam keadaan kita sedar ianya haram maka kita akan berdosa di samping hati kita turut gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubahat itu kita makan, tanpa diketahui ianya haram dan syubahat maka tidak berdosa tetapi hati kita yang terbina dari makanan itu tetap akan gelap.

Atas dasar inilah Sayidina Abu Bakar Al Siddiq mengorek balik hingga muntah-muntah makanan yang telah ditelannya setelah dia tahu yang makanan itu sumbernya adalah syubahat. Amirul Mukminin itu cukup takut kalau-kalau makanan itu akan membu- takan hatinya. Setelah mengorek makanan itu kerana bimbang kalau-kalau ada saki-baki makanan yang tinggal dalam perutnya, maka beliau pun berdoa: “Ya Allah, jangan Engkau bertindak atasku akan apa yang telah jadi darah dagingku. ”

Begitu Sayidina Abu Bakar menjaga hatinya.  Sebab itu hatinya jadi terang-benderang. Jadi, tidak hairanlah beliau cukup kuat keyakinan dengan Allah.

Rasulullah SAW sendiri memuji beliau dengan sabda baginda: Kalau ditimbangkan iman Abu Bakar dengan iman seluruh manusia kecuali Nabi dan Rasul nescaya dia masih lebih. Imam Nawawi semasa hidupnya tidak makan buah-buahan di Damsyik kerana merasakan syubahat. Dia menjaga hatinya.  Hati yang terang-benderang akan mempunyai basirah (pandangan batin) yang tajam yang dapat menembus alam ghaib dan alam kerohanian. Bila alam ghaib yang hebat itu ternampak oleh kita maka alam benda ini sudah tidak bererti apa-apa.

Bandingannya begini:  Katakanlah suatu hari kita dijemput menjadi tetamu raja maka masuklah kita ke istana. Di sana kita akan dilayan dengan layanan istimewa, dengan pakaian dan makanan, peralatan dan perhiasan yang tidak pernah kita jumpa. Alangkah gembiranya dan rasa-rasa tidak mahu balik lagi ke kampung kita. Sebab kampung kita sudah tidak berharga apa-apa lagi dibandingkan dengan kehidupan indah di istana.

Begitulah keadaan mereka yang nampak kehebatan alam ghaib, alam yang ada ini sudah tidak ber harga lagi. Kerana itulah Sayidina Abu Bakar r.a boleh mengorbankan semua harta bendanya kepada jihad fisabilillah hingga tiada apa-apa lagi untuk anak isterinya. Beliau mahu menebus kehidupan di alam ghaib yang maha hebat itu dengan menggadaikan seluruh harta benda dunia yang murah ini. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain dan mujahid-mujahid Islam semuanya, telah mereka korbankan dunia yang sedikit ini untuk membeli kehidupan akhirat yang agung di alam baqa nanti.

Firman Allah: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan (harga) Syurga untuk mereka.(At Taubah’: 111)

Mari kita ubati hati kita dengan mengelak dari memakan yang haram. Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari makanan yang haram ialah:

• Jangan makan benda yang zatnya jelas haram seperti arak atau makanan yang dicampur arak atau daging yang tidak disembelih.

• Jangan makan makanan yang bernajis sama ada sifatnya najis (kerana dibuat dari bahan yang tidak halal) atau kerana cara menyuci- nya tidak betul yakni tidak menurut syariat, menjadikan ia tetap najis (tetap tidak halal).

• Jangan makan daging sembelihan yang tidak halal dan pembersihannya tidak menurut syariat.

• Jangan makan makanan yang dibeli dengan duit yang haram (sekalipun makanan itu halal). Duit yang haram adalah seperti rasu- ah, duit riba, duit curi dan tipu.

• Jangan kita makan dari usaha yang haram seperti riba, pelacuran, judi, nombor ekor dan lain-lain.

Adapun makanan syubahat ialah makanan yang kita ragui halal atau haram dan duit syubahat ialah duit yang sumbernya kita ragui halal atau haram. Kedua-dua makanan dan duit yang syubahat itu wajib dielakkan supaya kita berpeluang memperolehi kejer nihan ‘batin untuk mengenal Allah dengan pengenalan yang sebenarnya.

 

Kami menjual KEK yang Halal dengan TELOR yang di basuh lagi suci

Tiada ulasan: